BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, June 21, 2013

aku juga ingin terbang..

Tafsiran kejayaan....
Alhamdulillah sampai jugak aku naik bangunan kejutraan baru ne... sungguh beruntung aku dalam mnikmati semua ini... melihat satu daerah Bangi..melihat pemandangan indah ciptaan Allah... burung-burung beterbangan bebas.. sememangnya tinggi bangunan ini.. aku merenung jalan raya yang masih sesak dengan kereta, motosikal dan bas.,agaknya mesti tidak sabar hndak pulang kerumah menyambung tanggungjawab...

 benar..aku di tempat yang tinggi..aku boleh melihat apa yang terbentang..walaupun aku kegayatan,aku puas..seolah-olah semua itu milikku... aku mempunyai kuasa yang boleh mengubah mengikut kemahuanku... semua orang akan menghormatiku...semua orang akan tunduk padaku...bukan senang aku nak capai sehebat ini.. hanya orang yang kuat sepertiku sahaja yang akan diuji begini.(perasaan ujub mula terbit)...aku tersenyum puas...

dan aku mendongak ke langit... masih jauh lagi perjalananku.aku akan melepasi setiap awan itu..aku mesti bekerja kuat untuk ke tahap yang lebih tinggi...aku yakin aku boleh... Allah bersama aku.. aku pasti dapat menggenggam apa yang aku mahukan..Genggam api biar jadi arang... aku x kan berpuas hati apa yang aku dapat.... akalku mula megatur rancangan...

Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari ibu tercinta...aku segera menjawab panggilan itu... seperti biasa ibuku bertanya khabarku.sentiasa memberi kata semngat..sungguh ceria....katanya mahu ke masjid malam nanti...panggilan terhenti di situ..aku menyimpan semula telefon bimbit ke dalam kocek seluarku...

tiba-tiba satu perasaan sebak terdetik dalam hatiku yang paling dalam... aku rebah dalam tangisan.. teresak-esak aku menahan.. tiada lagi dalam fikiranku pangkat, ketinggian, kekuasaan... yang ada hanyalah ketakutan... ya ketakutan tentang amanah, tanggungjawab...aku gayat.. semuanya akan dipersoalkan kelak...
Tuhan.. dalam aku mnguji dunia, aku terlupa Engkau juga mengujiku.... aku terlupa.. Engkau boleh mengujiku dengn kemewahan... dulu apabila aku di bawah.. aku sentiasa memohon padaMu, aku sering mengis padaMu.. hanya Engkau tempat aku bergantung.. Tuhan..aku lalai..kini engkau mengujiku lagi.. dan hanya Engkau sahaja yang mengetahui tahap keimananku... Engkau memberi peringatan padaku sebelum aku hanyut lebih jauh... benar dalam aku mencari keikhlasan,keikhlasan itulah yang teruji.. dan aku akan terus mencari...
Azan magrib sudah berkumandang dari masjid UKM... aku bergegas pulang ke kolej kediaman.. aku tidak mahu lagi terlepas berjemaah..tidak mahu lagi lalai... Astagfirullah....Astaghfirullah.. Astaghfirullah...


 bila barada di atas..sesetengah orang akan mengalami kegayatan apabila memandang kebawah... sesetngah orang pula semakin memandang ke atas semakin gayat...
walau bagaimanapun... jgan lupa akan hakikat dan matlamat hidup kita diciptakan hebat... 

Saturday, June 1, 2013

RAHMAT UJIAN

RAHMAT UJIAN
DALAM DERITA ADA BAHAGIA....DALAM GEMBIRA MUNGKIT TERSELIT DUKA... TAK SIAPA TAHU..TAK SIAPA PINTA BERTEMU DENGAN UJIAN...
BIBIR MUDAH MENGUCAP SABAR..TAPI HATILAH YANG REMUK MENDERITA..INSAN MEMANDANG..MEMPUNYAI PELBAGAI TAFSIRAN.


SEGALA TAKDIR..TERIMALAH DENGAN HATI TERBUKA...WALAU TERSIKSA..BANYAK HIKMAHNYA...
HARUS ADA RASA BERSYUKUR...DI SETIAP KALI UJIAN MENJELMA... ITU JELAS MEMBUKTIKAN..ALLAH MENGASIHIMU SETIAP MASA.. DIUJI TAHAP KEIMANAN.. SEDANGKAN RAMAI TERBIAR DILALAIKAN...HANYA YANG TERPILIH SAHAJA ANTARA BERJUTA MENDAPAT RAHMATNYA....




CINTA DAN RINDU DARIKU..

Assalamualaikum...kedengaran sayup-sayup orang memberi salam..aku rasa sudah 2 kali salam diberi..mungkin roomateku sudah pulang dari perpustakaan.. aku masih terpisat-pisat menggosok mata...sudah lama aku tidak tidur petang dek kesibukan...hari ni aku rasa 3 jam lebih aku tidur dengan nyenyak..mungkin terlalu letih... aku membuka pintu, tepat sekali tekaanku...aku masih mengmbung pembaringan.. "Blok kita dah sunyi ka?" aku bertanya pada Siti(roomateku) yang sedang sibuk mengemas pakaian. dia hanya menjawab 'ya' sahaja.. aku bertanya lagi padanya "kau balik rumah bila"..katanya malam ne.. aku merasa air mataku sudah mengalir... aku cuba sembunyi darinya...
Aku ke jendela...termenung seketika....mencari monyet-monyet yang sering membuatku ketawa dengan gelagatnya...lama aku menuggu...masih tiada...sungguh... aku kesunyian... tiada gelak tawa keluarga...sahabat...
Sahabat...engkau adalah utusan Allah untuk membantuku dan membimbingku dalam menuju Maha Pencipta..   jika perbuatan yang kau lakukan pertepatan syarak, aku wajip mencontohimu..jika perbuatanmu sebaliknya..wajib untukku mengambil iktibar...Sahabat   ujian yang menempamu adalah peringatan dari Allah untukku, dan engkau sahabat yang tabah yang menerimanya...terima kasih sahabat..dan engkau juga terpaksa menerima sakit hati kerana lidahku dan perlakuanku...semakin kita akrab semakin banyak luka di hati yang kau akan terima....aku mintk maaf.. engkau yang sabar sahaja yang dapat menerimanya.. aku mintak maaf...aku jua sedang belajar membaiki diriku..


Setiap kali perasaan ini hadir dalam benak kalbuku...sering kali aku terfikir...adakah aku jauh denganMu Ya Rabb..adakah aku terlalu leka dengan nikmat yang telah Kau berikan...sehinggakan kau mencampakkan perasaan ini padaku.. perasaan yang membuatkan aku terfikir tentang KekuasaanMu...Kasih SayangMu.. Engkaulah yang memberi ujian,dan Engkaulah yang memberi nikmat...tidak pernah sesaatpun aku hilang dari pemerhatianMu...cuma aku yang sering melupakanMu... hanya aku yang sering mengabaikanMu... dan Engkau merinduiku ketika aku dalam kealpaan menikmati nikmatMu.Engkau merindui tngisanku.... YA ALLAH sungguh kasih Kau kepadaku... tidak pernah Kau mengabaiku walaupun aku seringkali mengabaiMu...Tuhan...dosaku menggunung tinggi...tp RahmatMu..melangit luas...harga selautan syukurku..hanyalah setitis nikmatMu di bumi....tuhan...Walau taubat seringku mungkir namun pengmpunanMu tak pernah bertepi...Bila selangkah ku rapat padaMu...Seribu langkah Kau rapat padaKu...