Tafsiran kejayaan....
Alhamdulillah sampai jugak aku naik bangunan kejutraan baru ne... sungguh beruntung aku dalam mnikmati semua ini... melihat satu daerah Bangi..melihat pemandangan indah ciptaan Allah... burung-burung beterbangan bebas.. sememangnya tinggi bangunan ini.. aku merenung jalan raya yang masih sesak dengan kereta, motosikal dan bas.,agaknya mesti tidak sabar hndak pulang kerumah menyambung tanggungjawab...
benar..aku di tempat yang tinggi..aku boleh melihat apa yang terbentang..walaupun aku kegayatan,aku puas..seolah-olah semua itu milikku... aku mempunyai kuasa yang boleh mengubah mengikut kemahuanku... semua orang akan menghormatiku...semua orang akan tunduk padaku...bukan senang aku nak capai sehebat ini.. hanya orang yang kuat sepertiku sahaja yang akan diuji begini.(perasaan ujub mula terbit)...aku tersenyum puas...
dan aku mendongak ke langit... masih jauh lagi perjalananku.aku akan melepasi setiap awan itu..aku mesti bekerja kuat untuk ke tahap yang lebih tinggi...aku yakin aku boleh... Allah bersama aku.. aku pasti dapat menggenggam apa yang aku mahukan..Genggam api biar jadi arang... aku x kan berpuas hati apa yang aku dapat.... akalku mula megatur rancangan...
Tiba-tiba aku mendapat panggilan dari ibu tercinta...aku segera menjawab panggilan itu... seperti biasa ibuku bertanya khabarku.sentiasa memberi kata semngat..sungguh ceria....katanya mahu ke masjid malam nanti...panggilan terhenti di situ..aku menyimpan semula telefon bimbit ke dalam kocek seluarku...
tiba-tiba satu perasaan sebak terdetik dalam hatiku yang paling dalam... aku rebah dalam tangisan.. teresak-esak aku menahan.. tiada lagi dalam fikiranku pangkat, ketinggian, kekuasaan... yang ada hanyalah ketakutan... ya ketakutan tentang amanah, tanggungjawab...aku gayat.. semuanya akan dipersoalkan kelak...
Tuhan.. dalam aku mnguji dunia, aku terlupa Engkau juga mengujiku.... aku terlupa.. Engkau boleh mengujiku dengn kemewahan... dulu apabila aku di bawah.. aku sentiasa memohon padaMu, aku sering mengis padaMu.. hanya Engkau tempat aku bergantung.. Tuhan..aku lalai..kini engkau mengujiku lagi.. dan hanya Engkau sahaja yang mengetahui tahap keimananku... Engkau memberi peringatan padaku sebelum aku hanyut lebih jauh... benar dalam aku mencari keikhlasan,keikhlasan itulah yang teruji.. dan aku akan terus mencari...
Azan magrib sudah berkumandang dari masjid UKM... aku bergegas pulang ke kolej kediaman.. aku tidak mahu lagi terlepas berjemaah..tidak mahu lagi lalai... Astagfirullah....Astaghfirullah.. Astaghfirullah...
Friday, June 21, 2013
aku juga ingin terbang..
bila barada di atas..sesetengah orang akan mengalami kegayatan apabila memandang kebawah... sesetngah orang pula semakin memandang ke atas semakin gayat...
walau bagaimanapun... jgan lupa akan hakikat dan matlamat hidup kita diciptakan hebat...
Posted by Unknown at 4:39 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

0 comments:
Post a Comment